KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MEDIA SELANGOR IRINGI YAB MENTERI BESAR KE MISI KEMANUSIAAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA

KENYATAAN RASMI

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MEDIA SELANGOR IRINGI YAB MENTERI BESAR SELANGOR KE MISI KEMANUSIAAN GLOBAL SUMUD FLOTILLA

SHAH ALAM, 4 April 2026 – Susulan pengumuman Pejabat Dato’ Menteri Besar Selangor semalam berhubung tugasan misi wakil negara oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Media Selangor Sdn. Bhd. (MSSB) ingin memaklumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree, akan bertugas mengiringi YAB Dato’ Menteri Besar Selangor bersama delegasi rasmi dalam Misi Bantuan Kemanusiaan Malaysia ke Gaza serta delegasi Global Sumud Flotilla 2.0 yang dijadualkan berlepas pada 6 April 2026.

Penyertaan beliau dalam misi ini mencerminkan komitmen berterusan Media Selangor terhadap solidariti kemanusiaan, di samping menyokong usaha memperjuangkan nilai keamanan, kebebasan dan keadilan di peringkat antarabangsa.

Sehubungan itu, MSSB memohon doa dan sokongan daripada seluruh kakitangan, pemegang taruh serta rakyat Malaysia agar keselamatan, kesejahteraan dan kejayaan delegasi sentiasa terpelihara sepanjang pelaksanaan misi ini.

Tags: No tags