MEDIA SELANGOR TERIMA LIMA ANUGERAH MALAM GALA SINERGI MBSA 2026

SHAH ALAM, 19 SEPTEMBER 2026 – Media Selangor Sdn. Bhd. (MSSB) mencatatkan kejayaan cemerlang apabila berjaya merangkul lima anugerah pada Malam Gala Sinergi MBSA & Media 2026 yang berlangsung di Hotel Hilton Shah Alam, Glenmarie pada 18 September lalu.
Pencapaian tersebut merangkumi penganugerahan bagi lima kategori, iaitu:
- Anugerah Khas Datuk Bandar
- Anugerah Kewartawanan Foto Terbaik (Tempat Pertama)
- Anugerah Liputan Berita Terbanyak – Agensi Media (Tempat Pertama)
- Anugerah Penyiaran Televisyen Terbaik – Agensi Media (Tempat Pertama)
- Anugerah Berita Digital Terbanyak (Tempat Pertama)
Majlis apresiasi anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ini dirasmikan oleh Datuk Bandar Shah Alam, YBhg. Dato’ Zabidah binti Safar bagi menghargai peranan rakan media dalam menyampaikan maklumat dan perkhidmatan MBSA secara tepat kepada masyarakat.
Turut hadir pada majlis tersebut ialah Orang Besar Daerah Petaling, YDH. Dato’ Haji Emran bin Haji Kadir; Timbalan Datuk Bandar Shah Alam, YBrs. Tuan Haji Madiyan bin Haji Baweh; Ahli-Ahli Majlis; serta barisan pengurusan MBSA.
Kejayaan ini membuktikan komitmen dan dominasi Media Selangor dalam menghasilkan pelaporan berita yang berkualiti, sekali gus memperkukuh peranannya sebagai rakan media strategik MBSA.
