MEDIA SELANGOR PERKUKUH AKAUNTABILITI MELALUI SALURAN ADUAN RASMI

MEDIA SELANGOR PERKUKUH AKAUNTABILITI MELALUI SALURAN ADUAN RASMI

SHAH ALAM, 4 MEI 2026 – Media Selangor kini memperkenalkan saluran rasmi aduan penerbitan yang memberi kemudahan kepada orang awam untuk menyalurkan aduan atau maklum balas secara dalam talian mengenai kandungan terbitan Media Selangor Sdn Bhd. Saluran Aduan Penerbitan itu boleh diakses melalui pautan berikut, https://mediaselangor.com/ms/aduan.

Melalui saluran ini, orang ramai boleh mengemukakan aduan berkaitan kandungan dan bahan penerbitan yang disiarkan di semua platform penerbitan di bawah kendalian Media Selangor, meliputi semua bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan Tamil.

Penetapan saluran aduan ini dibuat sejajar dengan mekanisme aduan yang ditetapkan oleh Majlis Media Malaysia (MMM). Ia bertujuan memastikan setiap aduan dan maklum balas yang diterima dapat diuruskan secara lebih sistematik, telus dan berkesan.

Setiap aduan yang diterima akan melalui proses semakan dalaman sebelum tindakan susulan diambil oleh pihak berkaitan. Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk menggunakan saluran rasmi ini bagi memastikan setiap aduan direkod dan diuruskan secara lebih teratur dan profesional.

Media Selangor melihat setiap maklum balas sebagai satu input penting dalam usaha menambah baik kualiti penyampaian maklumat dan perkhidmatan kepada rakyat. Media Selangor akan terus memperkukuh mekanisme ini dari semasa ke semasa sebagai komitmen dalam menyediakan perkhidmatan media yang berkualiti, dipercayai dan berintegriti. Media Selangor juga merakamkan penghargaan kepada Majlis Media Malaysia atas bantuan nasihat dan panduan sepanjang proses penetapan saluran ini.

TAMAT

Tags: No tags