SESI LIBAT URUS MSSB & DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

SESI LIBAT URUS MSSB & DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (DBP)

9 Februari 2024

Satu sesi libat urus bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah diadakan bagi membincangkan kerjasama strategik untuk Hadiah Sastera Selangor.

Perbincangan tersebut disertai oleh Dr Rosmani Omar, Ketua Editor Bahagian Majalah DBP; Pn Norhasmanalinda Mustapa, Timbalan Ketua Bahagian Promosi & Pengiktirafan; dan pegawai dari Bahagian Buku Sastera dan Bahagian Promosi & Pengiktirafan DBP.

Media Selangor diwakili oleh En Fazallah Pit, Ketua Pengarang Selangorkini; Pn Roharrashidah dan Fadhlina daripada Jabatan Komunikasi Korporat.

Terima kasih kepada pihak DBP kerana sudi menerima kunjungan Media Selangor dan menerima baik kerjasama yang bakal dijalin.

Melalui usaha ini diharap dapat mengangkat karya-karya sastera berkualiti di Malaysia.

Tags: No tags