PROGRAM JELAJAH BUBUR LAMBUK BERSAMA MBI

PROGRAM JELAJAH BUBUR LAMBUK BERSAMA MBI

23 Mac 2024

Media Selangor telah menyertai Program Jelajah Bubur Lambuk 2024 anjuran Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), MBI bersama tujuh lagi agensi lain pada Sabtu, 23 Mac 2024 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor. Sebanyak 5,000 pek bubur lambuk untuk diagihkan kepada orang awam di sekitar Shah Alam telah disediakan oleh 200 sukarelawan dari agensi yang terlibat iaitu Media Selangor, MBI, PEKAWANIS, Ara Damansara Medical Centre, Tourism Selangor, Wanita Berdaya Selangor (WBS), Jabatan Penerangan (JAPEN) Selangor, GPMS dan Bernas.

Agihan bubur lambuk di tiga Lokasi itu diketuai oleh YABhg Datin Seri Masdiana Muhamad, Pengerusi PEKAWANIS; Tuan Haji Ts. Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MBI Selangor; dan turut disertai oleh En Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree, Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor; Puan Miranda Harumal, Ketua Pegawai Eksekutif Ara Damansara Medical Centre (ADMC); dan Puan Nurmaizatulakmal Tujad, Pengarah JAPEN Selangor.

Agihan bermula di lokasi pertama iaitu Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, seterusnya Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor Seksyen 9 Shah Alam dan lokasi terakhir di Masjid Negeri Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Kami gembira dapat menyertai program pada bulan Ramadan ini yang bukan sahaja dapat memupuk semangat kebersamaan malah dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat yang memerlukan.

Terima kasih untuk kerjasama yang baik daripada semua sukarelawan yang terlibat bagi menyempurnakan program ini.

Tags: No tags