KUNJUNGAN HORMAT MCMC SELANGOR KE MSSB
7 Februari 2024
Media Selangor berbesar hati menerima kunjungan hormat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Negeri Selangor pada hari ini. Kunjungan tersebut diketuai oleh Tuan Hj Mohd Faisal Md Nor, Pengarah MCMC Negeri Selangor; bersama pegawainya iaitu En. Mohamad Syukri Jamaluddin, Pengarah (Kawal Selia); dan En. Muhammad Jaflus Baharudin, Pengarah (Pembangunan).
Kunjungan tersebut disambut oleh En. Fathi Aris Omar, Ketua Kluster Editorial dan En. Nizam Bakeri, Ketua Kluster Digital bersama wakil dari Selangorkini, SelangorTV, Jabatan Jualan & Pemasaran, Jabatan IT dan Komunikasi Korporat.
Dalam kunjungan berkenaan, Tuan Hj Mohd Faisal dan pasukannya berkongsi tentang fungsi dan inisiatif MCMC Selangor yang memberi tumpuan kepada bahagian pembangunan dan kawal selia seperti 5G, Jendela 4G, Pusat Ekonomi Digital (PEDi), dan projek lain yang memberi manfaat kepada penduduk Selangor.
Kami berbesar hati dengan kehadiran delegasi MCMC Selangor dan berharap dapat bekerjasama untuk memacu inovasi dan perubahan positif dalam landskap komunikasi rantau ini.