PELANCARAN PORTAL KHAS PRN DAN PERASMIAN PEJABAT MEDIA SELANGOR OLEH YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

PELANCARAN PORTAL KHAS PRN DAN PERASMIAN PEJABAT MEDIA SELANGOR OLEH YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

10 Julai 2023

YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari telah melancarkan portal prnselangor.my sebuah portal khas pilihan raya negeri (PRN) Selangor sempena lawatan rasmi beliau ke ibu pejabat Media Selangor Shah Alam. Portal yang dibangunkan oleh Media Selangor itu akan menyediakan laporan langsung perkembangan PRN Selangor berserta maklumat analisis bagi semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Portal prnselangor.my boleh mula diakses orang ramai menggunakan desktop dan telefon pintar bagi mendapatkan info terkini PRN Selangor termasuk maklumat calon bertanding yang akan dikemaskini di portal selepas hari penamaan calon pada 29 Julai.

Dato’ Seri Amirudin Shari turut menyempurnakan perasmian ibu pejabat Media Selangor di Menara Bank Rakyat Shah Alam selepas pelancaran portal yang disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Dato’ Haris Kasim; Ahli-ahli Lembaga Pengarah Media Selangor; Pengerusi Lembaga Penasihat

Editorial Media Selangor, Tan Sri Johan Jaaffar; dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree. Turut hadir sama dalam majlis berkenaan ialah Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi MBI Selangor, Pn. Hajah Norita Mohd Sidek dan En. Saipolyazan Mat Yusop.

Media Selangor menerusi platform TV digitalnya – SelangorTV turut membawakan rancangan khas menjelang PRN iaitu ‘Undi Selangor’, program berbentuk infotainment yang membawakan berita seperti aktiviti calon PRN, profil kerusi DUN, analisis keputusan, serta aktiviti komuniti Selangor yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, 5.00 petang di saluran

YouTube SelangorTV – YouTube  dan
TikTok https://www.tiktok.com/@selangortv serta semua platform media sosial Media Selangor.

Siaran Undi Selangor dipertingkat bermula hari penamaan calon pada 29 Julai kepada empat kali setiap hari (9.00 pagi, 1.00 tengah hari, 5.00 petang dan 9.00 malam).

Tags: No tags