MSU DAN MEDIA SELANGOR METERAI MOU UNTUK KERJASAMA STRATEGIK
24 Mei 2024
Media Selangor meraikan satu pencapaian bermakna pada ulang tahun ke-15 dengan memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Management and Science University (MSU). Kerjasama strategik ini adalah detik penting untuk Media Selangor, menandakan lembaran baharu bagi kedua-dua organisasi. Majlis yang dianjurkan oleh MSU itu menyaksikan pertukaran MoU oleh Dekan Fakulti Sains Maklumat & Kejuruteraan (FISE), MSU – Profesor Madya Dr Adam Amril Jaharadak dan Ketua Kluster Operasi dan Strategik Media Selangor – Mohd Zulkifli Ismail. Majlis pertukaran MoU itu disaksikan oleh Presiden MSU, Prof Tan Sri Dato’ Wira Dr Mohd Shukri Ab Yajid.
Kerjasama strategik ini mewujudkan peluang berharga untuk bidang akademik dan industri yang dapat memberi manfaat kepada MSU dan Media Selangor.
Selain itu, Ketua Kluster Penyiaran Media Selangor, En. Mohamad Khairulnizam Bakeri telah dilantik sebagai salah seorang Panel Penasihat Industri Universiti (UIAP) untuk program universiti berkenaan iaitu Idea Regeneration eXpo (MSU iReX), yang menghubungkan akademik dan industri selain melengkapkan pelajar dengan kemahiran kerjaya.
Melalui kerjasama strategik ini diharap dapat memberi impak kepada kedua-dua pihak.