MEDIA SELANGOR – SELANGORTV SERTAI JERAYAWARA MYTV MYFESTIVA DI SHAH ALAM
16 & 17 September 2023
Media Selangor telah menyertai jerayawara MYTV MyFestiva selama dua hari (16 – 17 September) dalam usaha mempromosi program-program SelangorTV kepada orang awam yang berlangsung di Aeon Mall Shah Alam.
SelangorTV juga diberi peluang untuk mengadakan program bual bicara bersama YB Tuan Mohd Najwan Halimi dan YB Tuan Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid di pentas utama festival tersebut.
Penyertaan dalam program ini adalah peluang buat Media Selangor dan pasukan SelangorTV utuk menjalin hubungan lebih dekat dengan Masyarakat dan rakan-rakan penyiar.
Terima kasih MYTV atas kerjasama dan sokongan yang baik sepanjang program berlangsung.
Tonton program SelangorTV di mana2.my