LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENGHUNI RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENGHUNI RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

15 April 2024

Media Selangor meraikan 6 Syawal dengan kunjungan daripada pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif, Universiti Utara Malaysia (UUM) bersama 30 orang penghuni Rumah Kasih Harmoni yang juga pelajar sekolah menengah untuk menyertai program anjuran UUM bersama Media Selangor iaitu “Selangkah ke Industri Kreatif” bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang dunia kewartawanan dan penyiaran.

Dalam program tersebut, pelajar turut mendengar perkongsian pengalaman mengenai industri media oleh Pengarang Kumpulan Media Selangor, En. Fathi Aris Omar dan Perunding Selangor TV, En. Izwan Azir Saleh.

Inisiatif ini dapat memupuk minat para pelajar untuk menceburi dunia media sekali gus membantu pelajar merancang hala tuju bidang pengajian mereka dan laluan kerjaya bagi menceburi industri kreatif.

Dalam kunjungan tersebut, para pelajar diberi peluang untuk membaca berita di studio berita SelangorTV, merasai pengalaman menjadi hos di studio utama, mengendalikan peralatan penyiaran dan mereka turut dibawa melihat proses menghasilkan berita.

Diharap perkongsian melalui program ini dapat memberi inspirasi kepada para pelajar.

Tags: No tags