KUNJUNGAN PELAJAR REKABENTUK MULTIMEDIA KREATIF IKBN KE MEDIA SELANGOR
16 Mei 2024
Media Selangor telah menerima kunjungan daripada Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kuala Langat untuk meneroka bidang penyiaran, kewartawanan dan aktiviti penerbitan di Media Selangor.
Seramai 26 orang pelajar Rekabentuk Multimedia Interaktif yang hadir bersama tiga tenaga pengajar IKBN turut mendapatkan perkongsian dan pandangan mengenai kerjaya dalam bidang kewartawanan dan penyiaran yang disampaikan oleh En. Fazallah Pit, Ketua Pengarang Selangorkini dan En. Izwan Azir Saleh, Perunding SelangorTV.
Para pelajar juga berpeluang untuk membaca berita di studio berita SelangorTV selain diberi pendedahan tentang proses menghasilkan berita, pengendaliaan peralatan studio dan penerbitan grafik.
Melalui kunjungan ini, Media Selangor berharap dapat memupuk minat dan memberi inspirasi kepada bakat-bakat muda ini untuk menyertai industri kreatif.