KUNJUNGAN HORMAT YB ANFAAL KE MEDIA SELANGOR
6 Februari 2024
Media Selangor amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YB Puan Anfaal Saari, Exco Pembangunan Wanita & Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor dan para pegawai.
Delegasi tersebut disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, En. Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree bersama wakil daripada Selangorkini, SelangorTV, Komunikasi Korporat dan Operasi & Strategik.
Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan tersebut termasuk penyampaian mesej advokasi mengenai inisiatif kerajaan negeri untuk pembangunan wanita, keluarga, masyarakat dan ekonomi penjagaan di Selangor melalui platform media kepada orang awam selain turut menyentuh isu tentang keselamatan siber dan kanak-kanak.
YB Puan Anfaal juga meluangkan masa melawat ke beberapa stesen kerja kakitangan jabatan Editorial dan Digital Media Selangor, dan turut cuba membaca berita di studio berita SelangorTV.