KUNJUNGAN HORMAT KE MALAYSIA PRESS INSTITUTE (MPI)

KUNJUNGAN HORMAT KE MALAYSIA PRESS INSTITUTE (MPI)

10 Januari 2024

Pertemuan dua hala pertama antara Media Selangor dan Malaysia Press Institute (MPI) merupakan satu langkah penting ke arah memupuk kerjasama dalam bidang kewartawanan.

Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Kluster Editorial, En. Fathi Aris Omar bersama Ketua Kluster, Digital, En. Nizam Bakeri dan pasukan daripada Selangorkini, SelangorTV serta jabatan Komunikasi Korporat.

Media Selangor berbesar hati dapat berkunjung ke MPI untuk meneroka potensi kerjasama dan mengukuhkan lagi hubungan dalam industri.

Terima kasih kepada Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Mustapa Omar dan delegasi MPI kerana menyambut kehadiran kami dan memberi perkongsian yang bermakna.

Diharap melalui perkongsian tersebut dapat meningkatkan profesionalisme kewartawanan dalam memenuhi keperluan industri.

Tags: No tags