Mengenai Kami
Pengenalan
Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), ditubuhkan pada 18 Februari 2009 dan dahulunya dikenali sebagai Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB), merupakan media rasmi Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan), MBI. Sebagai media rasmi negeri, peranan kami adalah untuk menyampaikan maklumat yang tepat, pantas dan berwibawa berkaitan dasar, inisiatif dan perkembangan semasa kerajaan negeri kepada pemegang taruh dan rakyat Selangor.
Media Selangor menyampaikan kandungan melalui pelbagai platform termasuk akhbar, portal, TV digital, aplikasi mudah alih dan paparan digital dan bagi memastikan maklumat diterima oleh semua lapisan masyarakat, berita diterbitkan dalam empat bahasa iaitu Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
Platform TV digital yang dahulunya dikenali sebagai “Selangor TV” kini beroperasi sepenuhnya di bawah jenama Media Selangor, menyiarkan berita semasa, liputan langsung, program bual bicara, dokumentari ringkas, kandungan gaya hidup serta siri destinasi menarik di seluruh negeri.
Media Selangor turut menawarkan perkhidmatan komunikasi dan kandungan seperti promosi jenama, pengiklanan digital, fotografi dan videografi korporat, penerbitan audio-video, penulisan editorial serta pembangunan kempen kreatif.
Semua perkhidmatan ini disampaikan melalui rangkaian platform Media Selangor yang terus berkembang dan diperkasa. Matlamat kami jelas menjadi saluran maklumat rasmi negeri yang paling dipercayai, mudah diakses dan memberi impak kepada seluruh rakyat Selangor.
Visi & Misi
VISI
Mewujudkan sistem komunikasi berkesan di antara Kerajaan Negeri dan rakyat Selangor demi mewujudkan perkongsian harmoni dalam membangunkan negeri Selangor.
MISI
- Menyebar luas mesej, dasar dan inisiatif kerajaan negeri Selangor
- Mendepani usaha digitalisasi di Selangor menerusi media
- Mewujudkan sistem penyampaian maklumat yang berkesan
- Mengendalikan aktiviti media dan pengiklanan
Profil Syarikat
Muat turun Profil Syarikat untuk maklumat lebih lanjut.
