KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF MEDIA SELANGOR KONGSI PERSPEKTIF INDUSTRI DI SELANGOR TECHSPHERE SUMMIT 2026

KUALA LUMPUR, 14 OKTOBER 2026 – Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor Sdn. Bhd. (MSSB), Encik Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree telah tampil sebagai penceramah jemputan di persidangan Selangor Techsphere Summit 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) pada Rabu, 14 Oktober 2026.
Sesi tersebut bertajuk “Trust, Authorship, and The Future of Human Creativity in AI-Generated Media” (Kepercayaan, Hak Cipta, dan Masa Depan Kreativiti Manusia dalam Media Berasaskan AI), di mana beliau mengupas tentang kepentingan elemen kepercayaan, isu keaslian karya penulisan, serta peranan kreativiti manusia yang kian berkembang dalam mendepani arus pemodenan media berasaskan kecerdasan buatan (AI).
Penyertaan Media Selangor di pentas persidangan terkemuka ini mencerminkan komitmen syarikat dalam menerajui wacana teknologi media tempatan, di samping memperkukuh peranannya sebagai agensi media korporat yang progresif dan berdaya saing.
