MEDIA SELANGOR SOKONG AGENDA ESG, SERTAI PROGRAM CINTAI SUNGAI DI KLANG 2026 ANJURAN MBDK

MEDIA SELANGOR SOKONG AGENDA ESG, SERTAI PROGRAM CINTAI SUNGAI DI KLANG 2026 ANJURAN MBDK

KLANG, 20 JUN 2026 – Sebagai bukti komitmen berterusan terhadap kelestarian alam sekitar, Media Selangor Sdn. Bhd. (MSSB) telah menggembleng tenaga warga kerjanya untuk menyertai Program Cintai Sungai di Klang 2026 yang berlangsung di Jeti Pengkalan Nelayan Sungai Kapar Besar, Klang, pada Sabtu lalu.

Program pemeliharaan alam sekitar yang bertemakan “Sungai Bersih, Alam Terpelihara, Masa Depan Sejahtera” ini merupakan inisiatif murni anjuran Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) yang bertujuan meningkatkan kesedaran alam sekitar dan mengukuhkan penglibatan komuniti bagi kelestarian Sungai Klang.

Seramai lapan orang sukarelawan MSSB telah turun padang dan berjaya menyumbang sebanyak 40 jam anggaran masa kesukarelawan secara terkumpul sepanjang program berjalan dari jam 7:30 pagi hingga 12:30 tengah hari. 

Selain menjadi platform penting untuk menyokong agenda ESG, penyertaan ini sekaligus memupuk semangat kerja kebersamaan dalam kalangan kakitangan serta memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Media Selangor bersama agensi kerajaan seperti ahli majlis MBDK, badan bukan kerajaan (NGO), wakil institusi pendidikan, persatuan penduduk serta komuniti setempat.

Media Selangor kekal komited dalam memberi inspirasi kepada masyarakat luar untuk bersama-sama menjaga kebersihan sumber air negara serta membina komuniti yang lestari.

Tags: No tags

Comments are closed.