MEDIA SELANGOR PERKUKUH SINERGI STRATEGIK BERSAMA 37 AGENSI & ANAK SYARIKAT NEGERI

SHAH ALAM, 21 MEI 2026 – Media Selangor Sdn. Bhd. (MSSB) telah menganjurkan Majlis Jalinan Mesra Bersama Pemegang Taruh pada Khamis, 21 Mei 2026, bertempat di DoubleTree by Hilton, Shah Alam, Selangor.
Majlis yang telah berlangsung dari jam 3:00 petang hingga 5:30 petang ini menjadi platform dinamik untuk memperkukuh hubungan strategik, di samping menghargai sokongan berterusan para pemegang taruh yang menjadi tunjang kepada perkembangan organisasi media tersebut.
Majlis tersebut telah menghimpunkan barisan pengurusan tertinggi, ketua-ketua jabatan, serta wakil daripada 27 anak syarikat kerajaan negeri dan sepuluh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Selangor. Turut hadir bersama ialah Ketua Komunikasi Korporat MBI Selangor, Wan Laila Fatihah Wan Omar Sukri, Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad, YM Raja Ahmad Shahrir Iskandar Bin Raja Salim, dan Ketua Pegawai Eksekutif Heliosel Sdn Bhd, Azman bin Zainuddin. Kehadiran wakil pengurusan tertinggi dari lima PBT termasuk Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ), Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK), Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), dan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) juga memeriahkan lagi kehangatan majlis.
Majlis dimulakan dengan tayangan video korporat MSSB yang memaparkan pencapaian serta hala tuju agensi, disusuli dengan pengisian agenda penting iaitu Sesi Perkongsian oleh Ketua Pengarang MSSB, Noor Azam Shairi serta Pembentangan Profil dan Perkhidmatan MSSB oleh Ketua Pegawai Eksekutif MSSB, Mohamed Fareed Mohamed Ashaaree. Sesi ini bertujuan untuk memberi gambaran jelas mengenai perkhidmatan media dinamik yang ditawarkan oleh MSSB seiring dengan landskap media nasional serta potensi kolaborasi masa hadapan.
Para jemputan yang hadir turut diraikan dalam jamuan minum petang dan sesi ramah mesra bagi membuka ruang interaksi secara lebih dekat dan santai antara pengurusan tertinggi Media Selangor dan para rakan strategik.
Melalui jalinan kerjasama ini, Media Selangor bukan sekadar berhasrat untuk memperkukuh kepercayaan pemegang taruh terhadap kredibiliti jenama dan kualiti perkhidmatan, malahsedia menjadi rakan strategik jangka panjang yang mampu melonjakkan nilai publisiti serta penjenamaan korporat bagi seluruh anak syarikat dan PBT di Selangor. Media Selangor terus komited untuk menyuburkan hubungan dua hala serta menyemarakkan semangat kebersamaan dengan rakan-rakan korporat dan agensi negeri.
