MEDIA SELANGOR SERTAI KARNIVAL HAWANA 2025 BUAT PERTAMA KALI

MEDIA SELANGOR SERTAI KARNIVAL HAWANA 2025 BUAT PERTAMA KALI

KUALA LUMPUR, 13 Jun 2025 – Sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2025, BERNAMA akan menganjurkan Karnival HAWANA selama tiga hari bermula 13 hingga 15 Jun 2025, Jumaat hingga Ahad bertempat di Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur.

Karnival ini merupakan sebahagian daripada pengisian acara tahunan HAWANA yang bertujuan menghargai peranan dan sumbangan wartawan serta organisasi media dalam pembangunan negara. Lebih dari itu, karnival ini dirangka bagi memperkukuh hubungan antara komuniti media, masyarakat dan pelbagai pihak berkepentingan melalui pelbagai aktiviti interaktif, pendidikan dan hiburan.

Menariknya, Media Selangor akan turut serta buat julung kalinya dalam karnival ini dengan membuka booth sepanjang tiga hari acara berlangsung. Para pengunjung berpeluang mengenali lebih dekat peranan dan kandungan penerbitan akhbar dan digital Media Selangor serta berinteraksi bersama warga editorial.

Lebih istimewa, Media Selangor juga akan menganjurkan satu sesi wacana khas bertajuk “Amanah, Algoritma & AI: Bilik Berita Era Baharu” 

Sesi Bicara Semasa ini bakal mempertemukan tiga figura penting dalam landskap media Malaysia , Mohamad KhairulNizam Bakeri, Pengarang Kanan Media Selangor, Hilal Azmi, Ketua Media Sosial Astro AWANI, Nabihah Hamid, Pengarang Media Selangor Sesi ini akan mengupas persoalan penting mengenai bagaimana bilik berita hari ini bergelut antara kepercayaan awam, tekanan algoritma dan ledakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Media Selangor mengalu-alukan kehadiran orang ramai, warga media serta pelajar untuk bersama dalam sesi yang pasti membuka ruang wacana segar tentang masa depan kewartawanan di Malaysia.

Tags: No tags